Setelah masing-masing memahami tugas, aku dan Rin naik Pajero manakala Majid memandu sebuah lori kontena. Lori Majid berada di depan. Setelah 10 minit, sampailah laluan yang dikatakan itu, iaitu laluan sempit bertanah merah. Majid memberhentikan lorinya di situ manakala Pajero aku dan Rin terus meluncur ke depan. Melalui cermin pandang belakang, aku melihat Majid meletakkan lorinya melintangi jalan dan memakai topeng. Lalu dia bersembunyi di sebalik semak. ”Ini Majid in position, sekarang jalan ini diisytiharkan ditutup.” Suara Majid keluar melalui walkie talkie.
Sampailah Pajero di bukit yang disebut oleh Majid. Aku turun sambil memikul beg gitar. Aku terus mendaki bukit yang tidak begitu curam itu. Pajero Rin terus menghilang di sebalik debu jalan tanah merah. Aku mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke puncak seterusnya mencari posisi terbaik yang menghadap bengkel. Bukit ini tidaklah tinggi sangat. Aku mengeluarkan semua peralatan dari beg. Memasang M16 pada tripod (tapak pemegang raifal) dan memasang silencer di hujung muncung M16. Selepas itu, aku melaraskan optical sight supaya dapat melihat target bengkel dengan tajam. Jarak, 243 meter. Perfect. Aku memasukkan satu magazin dan bersedia. Aku mematahkan beberapa dahan paku pakis dan menutup badanku supaya tidak kelihatan. Hanya muncung M16 saja yang tersembul di sebalik himpunan daun itu. Lantas aku mencapai walkie talkie,” Husin in position.” Tidak lama kemudian, Rin pula bersuara, ”Rin in position.”
Aku menghubungi Kudin. Dia menyambut panggilan aku. Aku mengarahkan Kudin menyerahkan telefonnya kepada Jais. ”Hello Jais. Aku tak nak panjangkan hal ini. Cuma campakkan beg berisi duit RM 75 000 sekarang ke luar pagar belakang bengkel kau. Dan aku tak akan kacau kau lagi lepas ni.”
Jais masih bongkak. ”Kau ingat aku takut kat kau ke? Datang ke sini, kita selesaikan. Ini bukan tempat kau!”
”OK Rin. Dia baru nak main-main. Hapuskan CCTV di luar premis.” Aku mencari kamera CCTV yang tergantung di dinding. Nampak di kiri kanan premis dan pondok pengawal. Dengan sedas tembakan untuk setiap kamera, ia berkecai. ”Husin dapat 3 CCTV.”
”Rin dapat 2 CCTV.”
Aku menyambung rundingan. Talian tadi sengaja dibiarkan terpasang. ”Sekarang kau tak dapat melihat keadaan luar lagi. Aku nasihatkan kau ikut saja permintaan aku tadi, Jais!”
”Tidak. Orang-orang aku tak akan biarkan kau bermaharajalela! Jangan kau harap dapat sesen pun dari aku!” Bentak Jais.
Kelihatan beberapa orang berpistol keluar berpusu-pusu dan cuba berkawal di setiap sudut bengkel. Mereka berlindung di sebalik 4 buah Triton yang diparking dalam pagar bengkel.
Aku membuat keputusan untuk memberi sedikit pengajaran. ”Rin, tembak tangan atau kaki jika perlu.” Aku mula menembak tayar dan bonet trak Triton supaya trak berkenaan tidak dapat digunakan. Hampir 20 butir peluru diluahkan. Asap berkepul kepul keluar dari enjin Triton. Aku nak hapuskan peluang mereka melarikan diri dengan merosakkan kenderaan. Mereka berpusu-pusu masuk ke dalam bengkel semula. Seorang dari mereka cuba menembak secara rambang. Aku menembak tangannya yang memegang pistol. Jarinya berkecai, pistol tercampak. Dia segera ditarik ke dalam bengkel oleh kawannya sambil meraung-raung. Aku menembak bahagian tepi cermin gelap yang menjadi dinding di pejabat Jais. Hanya dengan 3 das, keseluruhan cermin pecah berderai dan jatuh ke tanah. Jelas kelihatan Jais dan Kudin sedang duduk di sofa, tergamam.
Aku mencapai telefon lagi, ”Aku dah nampak kamu semua. Sekarang ikut arahan aku tadi. Hanya kau, Jais yang dibenarkan bergerak. Sekarang masukkan duit tu sekarang!”. Jais mencapai sebuah beg yang tersangkut. Dia cuba membuka peti besi dan mengeluarkan berkepul kepul wang sambil dibantu Kudin. Kemudian Kudin membawa turun beg itu dan terus menghala ke belakang bengkel sambil diekori beberapa rakannya. Aku gagal melihat disebabkan pandangan terhalang di sebalik tembok batu.
”Husin ni. Rin, mereka on the way nak campak beg. Get ready.”
Tidak lama kemudian, Rin memberi respon,” Beg dah dibaling. Tiga orang cuba memanjat tembok tapi I bagi warning shots. Dua orang berpistol mengendap atas bumbung. I tembak betis diorang. Clean wound. I nak ambil beg sekarang.”
”I dah dapat beg. Mereka tak berani keluar. Duit betul. Anggaran melebihi RM 50 000. Macam mana sekarang?”
Urusan hampir selesai. ”Rin, lengahkan masa sementara I nak turun bukit,”. Aku mencapai telefon. ”Bos Jais, terima kasih kerana bekerjasama. Antara kita dah tak ada hutang dah.” Tiba-tiba aku nampak asap berkepul-kepul muncul dari belakang bengkel. Konco-konco Jais berpusu-pusu keluar ke arah asap.
”Ini Rin. Bengkel dah dibaling dengan molotov cocktail ( bom petrol). Paling kurang 2 minit masa kita ada. Semua berundur!” Rin memberikan arahan.
Aku melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah dinding tempat Jais berdiri. Jais cepat-cepat meniarap. Aku bingkas melipat tripod dan memasukkan raifal ke dalam beg dan terus menggelongsor menuruni bukit. Sebaik sahaja aku memijak kaki bukit, Rin baru sampai di tempat aku. Terus aku melompat naik Pajero. Tiba di tempat Majid, lori kontena sudah dialihkan. Majid menyuruh Pajero jalan dahulu, dia mengekori belakang. Kami memecut di atas jalan tanah merah sampai Pajero melambung.
”Awas! Dua motor scrambler merapati dari belakang!” Laung Majid dari walkie talkie. Sejurus kemudian, beberapa das tembakan mula kedengaran dari belakang. PRANG! Salah satunya mengenai cermin belakang Pajero. Aku sempat menundukkan kepala.
”Majid! Halang dia dulu!” Aku hampir-hampir tidak dapat melihat keadaan di belakang kerana debu tanah merah yang berterbangan. Lori Majid agak jauh ketinggalan di belakang.
“Tak boleh! Dua ekor motor ni dah melepasi aku! Mereka kejar kau sekarang, Rin! Kau cilok dulu! Jumpa di tempat aku nanti!” Majid memberi amaran.
Aku mencapai M16 kepunyaan Rin. Mengisi magazin penuh. Aku membuka sunroof dan menghulurkan raifal dari atas bumbung. Rin membelok ke arah jalan tapak pembinaan. Akhirnya kelibat penembak bermotor sudah kelihatan menghampiri. Aku segera melepaskan tembakan rambang dalam automatic mode. Peluru berhamburan keluar bertalu-talu menghala ke arah kedua-dua motor itu. Mereka berhenti menembak sambil mengelak ke kiri dan kanan. Tembakanku langsung tak kena. Aku menukar magazin lain. Mereka pula menembak. Aku mengelak. Selepas mereka berhenti, aku pula menembak. Ternyata mereka bukan sebarangan.
Salah sebuah motor cuba merapati. Ada penunggang dan pembonceng, yang mana pembonceng yang menembak. Secara kebetulan motor itu terlanggar bonggol jalan menyebabkan magazin pistolnya terjatuh semasa ingin menukar magazin. Kesempatan ini aku ambil sepenuhnya dengan menembak lagi. Akhirnya terkena tangan penunggang menyebabkan motornya tidak dapat dikawal lalu terbabas ke tepi jalan lalu menghentam pokok sena. Kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak, tergolek beberapa kali. Motor yang sebuah lagi hampir-hampir melanggar badan pembonceng yang bergelimpangan di tengah jalan. Sempat mengelak.
Aku meletakkan M16 dan mencapai pistol Glock. Aduh!! Sebutir peluru dapat menyiat sedikit daging bahu kiriku. Aku segera masuk semula ke dalam kabin, memeriksa luka. Hanya sedikit, tidak dalam tapi darah mula keluar. Sekarang sudah memasuki kawasan jalan berturap jadi memberi kelebihan kepada mereka untuk menembak lebih tepat. Aku harus menukar taktik.
”Rin, pegang elok-elok!” Aku menarik brek tangan dengan kuat sambil memusing stereng ke kiri dengan pantas. Pajero berpusing-pusing beberapa kali. Rin menjerit sekuat hati. Dalam kekalutan itu, aku mengacukan pistol ke arah motor itu dan menembak. Penunggang dan pembonceng itu tidak menyangka tindakan aku menyebabkan mereka hilang arah dan kelam kabut. Mereka tidak sempat membrek, hampir-hampir melanggar Pajero aku yang masih berpusing. Kesempatan itu aku gunakan untuk menembak kepala penunggang dan pembonceng sekaligus. Tepat menembusi helmet mereka. Motosikal mereka terus terjunam ke dalam parit. Mereka tidak bergerak langsung tetapi enjin motor masih menderum.
Pajero akhirnya berhenti. Keempat-empat tayar masih berasap. Tangan Rin masih menggeletar. Aku turun dari Pajero dan memeriksa keadaan penembak itu. Setelah yakin mereka sudah mati, aku memimpin Rin supaya duduk di tempat belakang. Aku pula yang memandu sampai ke kawasan jalan utama. Agak lama juga aku mencari-cari jalan ke kawasan gudang Majid. Akhirnya sampai juga setengah jam kemudian.
Majid bergegas ke arah kami. Dia menghulurkan sebotol air 100 plus kepada Rin. Rin meneguknya perlahan-lahan. Rin masih enggan keluar dari Pajero.
”Macam mana tadi? Dah selesaikan mat-mat motor tu?”
”Kau tengok sendirilah luka aku dan lubang-lubang kat Pajero ni. Susah juga nak selesaikan budak-budak tu.” Aku menyelongkar Pajero mencari peti ubat. Tak jumpa pula.
Majid menghulurkan peti ubatnya kepadaku. ”Mereka tadi tu bodyguard Jais. Aku sendiri tak nampak dari mana diorang datang. Tau-tau aje dah ada kat belakang lori aku. Rasanya mereka nak ambush kita. Tapi tak berani berdepan masa kau atas bukit.”. Majid meninjau kesan peluru pada Pajero. Rin turun membawa beg duit dan M16nya. Kemudian terus mencapai peti ubat. Aku menanggalkan baju penuh kesan darah. Perlahan-lahan Rin merawat luka aku. Aku menyeringai kepedihan.
Majid menepuk bonet Pajero. ” Bekas peluru ni aku boleh cover. Takde masalah, bagi aku 2,3 jam pun dah cukup. Majid menghubungi seseorang. Tidak lama kemudian, datanglah sebuah van dengan dua orang pemuda. Bersama Majid, mereka cuba membaiki Pajero. Selepas lebih 3 jam, siap. Cermin sompek dan pecah diganti baru. Lubang-lubang di sisi dan pintu belakang sudah diwelding. Walaupun secara kasarnya kesan itu tidak dapat dilihat, pemerhatian secara teliti dapat membuktikan adanya bonggol kesan tampalan. Bagiku sudah cukup. Aku menghulurkan beberapa not RM 50 kepada dua orang pemuda tadi. Pada Majid, aku hulurkan seikat not RM50. Dia menerima sambil tersengih-sengih.
”Lain kali kau bawak kereta bullet proof dulu baru datang sini ya,” Majid berseloroh. Kami sama-sama ketawa. Aku bersalam sambil memeluk Majid. ” Terima kasih banyak-banyak. Kalau kau ada masalah kat Siam, cari aku.” Majid hanya menepuk-nepuk belakangku.
”Majid, kami terpaksa balik sekarang. Keadaan tak mengizinkan kami tinggal lama-lama di sini,” Rin mula bersuara. Gementarnya sudah reda. Bahuku juga sudah siap dibalut. Aku memakai jaket untuk menyembunyikan kesan balutan.
”Korang kena hati-hati nanti. Aku sendiri tak boleh agak apa Jais nak buat lepas ni.” pesan Majid sambil melambai kepada van dua pemuda itu yang baru keluar dari gudang.
”Itu kau jangan risau. Kau yang kena hati-hati sebab orang Jais mungkin tahu kau terlibat sekali. Diorang cam lori ni” pesan aku pula.
”Lori ni? Ni lori pelanggan aku la. Kepunyaan kroni Jais jugak. Semalam diorang hantar lori ni ke sini untuk dibaiki. Pagi ni dah siap. Mesti orang Jais tak suspect lori ni tadi. Sebab tu la aku tak kena tembak. Bijak tak aku? Hahaha!!”. Majid ketawa berdekah-dekah sampai tersembur air liur.
Kami tumpang ketawa. Setelah mengemaskan peralatan dan memulangkan M16 dan barang-barang lain milik Majid, kami mula bersiap hendak beredar. Kali ini aku yang memandu. “Majid, Rin dah nak bertolak ni. Bye...” Rin melambai Majid sambil aku mengundur Pajero untuk keluar dari gudang.
Majid melambai sambil berteriak,” Kalau aku dapat anak buah, bawaklah ke sini!!”
Rin membalas,” Tahun depan! Itupun kalau saham tak jatuh lagi !!” Ceh. Sempat pula aku diperlinya. Aku memandu terus menghala ke Kelantan tanpa berhenti. Terpaksa singgah di Besut untuk mengisi minyak dan perut. Nasib baik tiada sebarang halangan di sepanjang perjalanan. Kami sampai di Narathiwat pukul 8 malam.
Sampai di depan rumah, aku tersentak. Brek mengejut. Rin terpinga-pinga. ”You langgar ayam ke?” Rin menyindir.
”Rin, you bawak kunci rumah, kan?” tanya aku.
Rin menyelongkar tas tangannya. ”Eh, rasanya tertinggal kat gudang Majid tadi. Masa nak cari Dettol, I rasa kunci tu terjatuh atas lantai. Ala. You pun ada kunci. Pakai jela,”
”Tu la masalahnya. I letak dalam bagasi yang I simpan kat rumah tepi sungai tu. Tak ingat pula nak ambil balik. Jadi malam ni tak boleh masuk rumah la. Tidur hotel, nak?”. Rin pula mencebik bibir. Lekas-lekas aku keluar dari Pajero sambil berlari. Di belakangku, Rin sedang mengejarku dengan sebatang kayu. Habislah aku kena belasah malam ini.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment