Wednesday, September 2, 2009

ORIENTAL HITMAN ( CHAPTER 5)

Kami sampai di pantai. Suasana agak lengang kerana warga bandar tidak lagi beriadah pada waktu malam. Aku mengeluh. Kami keluar dari Pajero lalu berjalan ke arah pantai.

”Thanks Rin, selamatkan I tadi..Kalau tidak ha...” Sebelum aku sempat menghabiskan ayat aku, satu penumbuk singgah di pipiku. Aku terhuyung hayang.

”You dah gila?? Sanggup tinggalkan I sorang-sorang kat rumah. I ingat you dah berenti buat kerja ni. Nasib naik handphone you ade GPS. Boleh I cari. Dah la tak call . Sekarang, ikut I balik Narathiwat! ” Tegas Rin, isteriku.

Aku mengusap-ngusap pipiku yang boleh tahan sakitnya. ”Tapi, I terpaksa buat kerja ni lagi...Err..I tak bagitau you pasal I rugi main saham minggu lepas. Dekat 300 000 baht jugak. Sebab tu I tak menolak bila ada offer ni...please...”

”You dah janji tak buat kerja pembunuh upahan ni lagi lepas kita kawin dulu. Kita sama-sama janji. I tak sangka Chuk, you buat lagi. Kalau dah rugi tu bagitau la kat I...Kita sama-sama setelkan...” Rin berasa kesal padaku.

Aku terdiam. Walau macam mana pun bagiku lelaki tidak harus terlalu bergantung pada perempuan sepenuhnya. Ada kalanya lelaki kena bertanggungjawab atas kecuaiannya sendiri. Kenapalah aku main saham dulu. Bodohnya aku.

”Jom kita balik hotel dulu. You dah penat drive jauh semalam.” Aku mengesyorkan kepada Rin. Dia hanya mengangguk dan terus berjalan ke arah Pajero. Aku menyedut bayu laut yang menyegarkan sebentar.

”Nanti kita bertemu buku dan ruas juga, Jais Besi. Hari ini hari kau. Esok belum tentu lagi kau sekeras besi,”. Aku mengomel sendirian sambil melangkah ke arah Pajero. Kami bermalam di Hotel Primula yang berdekatan. Aku tidak perlu risau tentang pakaian kerana dalam Pajero sudah tersedia pakaianku.

Pada pukul 6 pagi, aku terbangun. Rin masih berdengkur. Aku mencapai remote control TV. Saluran berita sudah disiarkan. Aku merendahkan volume. Betul agakanku, kes pembunuhan semalam mendapat liputan meluas. Polis masih gagal mencari mencari petunjuk yang boleh membantu mereka menyelesaikan kes pembunuhan Man Kipas. Kebanyakan saksi memberitahu ia dilakukan seorang penyerang berpakaian serba hitam. Tetapi mereka bercanggah pendapat tentang ke mana arah penyerang itu melarikan diri. Ternyata taktik berpecah yang diarahkan Kudin itu menjadi juga. Pegawai polis yang ditemuramah enggan memberikan sebarang ulasan. “Kami menunggu laporan Unit Forensik...”. Aku tersenyum sinis. Kat situ mana ada bukti. Bersih. Sebersih rekod aku. Sempat lagi aku riak.

“Pada kes yang lain, satu letupan menggegarkan limbungan kapal MISC mengakibatkan hampir keseluruhan fasiliti berkenaan ranap. Menurut laporan awal pihak polis, dijumpai beberapa rangka manusia dan motosikal di tempat kejadian dipercayai pekerja MISC. Punca letupan disyaki litar pintas pada sistem agihan diesel limbungan...” Aku terduduk di depan tv. Aku merasakan pelukan mesra dari belakang.

”Tengok apa tu?” Rin sudah bangun rupanya.

”Ni kes semalam. Keje I line clear. Tapi keje you ni lain pulak cite ek? Litar pintas pada sistem agihan diesel? Hahaha!” Aku menekan perut gelihati. Satu cubitan hinggap di belakang.

”Maybe diorang tak jumpa lagi kelongsong peluru M16 I kot. Silap-silap kalu jumpa, dikatanya serangan pengganas. Nanti keluar paper, Kuala Terengganu Diserang Pengganas,” Rin menambah sambil berlalu ke bilik air. Melawak pula.

”Honey, jangan melepak lama-lama dalam tu. Ada kerja lagi lepas ni.” Aku melaung sambil mencapai telefon. Aku menghubungi pihak hotel dan menempah set breakfast dihantar terus ke bilik. Sambil itu aku merancang operasi aku hari ini, iaitu mendapatkan balik baki upah aku sebanyak RM 75 000. Kali ini, tiada kompromi kerana aku telah dikhianati oleh mereka. Kenapalah diorang bodoh sangat nak cari masalah dengan aku.

Kudin gagal menghubungi anak buahnya setelah helmet mereka dicampak ke dalam api tadi. Sepatutnya mereka sudah berkumpul setelah menyelesaikan aku. Sekarang sudah hampir pukul 11 malam pun mereka masih tidak pulang. Dihubungi melalui handphone pun tiada seorang menjawab. Dia mundar mandir di bengkel. Kemudian dia berjumpa dengan bosnya.

”Bos, ada yang tak kena ni. Sampai sekarang budak-budak tu tak balik lagi. Risau aku, bos,”. Kudin menggaru kepala. Jais yang sedang bersembang dengan seorang lelaki Cina hanya ketawa.

”Alah kau tu bimbang sangat. Takkan la budak kau 9 orang tu tak boleh lawan si Husin tu. Lagipun kau dah ajar diorang baik-baik dulu. Diorang merayau ke mana-mana la tu.” Jais menenangkan Kudin sambil menyambung sembangnya.

”Tapi bos, ni dah dikira missing in action. Satu habuk berita pun kita tak dapat. Kita mana kenal sangat si Husin tu. Dia kan top killer kat Siam,”

”Woi, setakat killer Siam ni bila-bila masa aku boleh lanyak la. Lain la aku upah mamat Rusia ke, Brazil ke. Maunya aku tak tido malam. Haha!” Jais dan lelaki Cina sama-sama tergelak. ”Sudahlah. Malam ni syif kau jaga bengkel. Jangan sampai hantu Husin kacau kita dah la. Hahahaha!.”

Kudin menuruni tangga sambil mendengus. Dia mengarahkan beberapa anak buahnya yang masih berkeliaran di pinggir bengkel supaya meninjau tempat-tempat lepak geng motor di bandar. Mana tahu terjumpa. Budak-budak ni lambat buat repot memang nak kena hukum teruk-teruk, fikirnya..

No comments:

Post a Comment