Wednesday, September 2, 2009

ORIENTAL HITMAN ( CHAPTER 4)

Pukul 7.30 malam, geng motor Eddie sudah tiba di pangkalan. Semua motosikal mereka, dicat berwarna hitam. Aku turut serta, sama-sama menanti Kudin. Tidak lama kemudian, datanglah 4 buah trak pikap Triton berdedai-dedai lalu parking di kawasan berhampiran. Kami berkerumun di sekeliling sebuah trak itu. Setiap geng motor termasuk aku diberikan sebiji helmet full face (berpenutup penuh) dan jaket kulit, semuanya berwarna hitam. Masing-masing memakainya dengan segera. Aku memasukkan pistol revolver dan Glock ke dalam poket dalam jaket. Rupanya setiap geng motor itu mempunyai pistol juga. Kudin muncul dari sebuah Triton itu.

”Listen guys...dalam helmet korang dah dilengkapi mikrofon dan speaker. Boleh berhubung antara satu sama lain. Aku standby di pusat bandar.” Kudin memberikan arahan. Aku membetulkan helmetku supaya suara Kudin jelas didengar. Kudin menambah, ” 5 buah motor masuk ke bandar melalui jalan berlainan, motor Eddie ialah Motor 1. Tempat berkumpul ialah di gerai pertama pasar malam. Husin dan 4 lagi pembonceng setiap motor akan mengekori target dan setelkan kerja. Lepas tu, masing-masing berpecah ikut penunggang masing-masing. Kitorang geng Triton akan back up trafik korang. Good luck guys. OK, gerak!!”.

Aku membonceng motor Eddie. Kelima-lima buah motor itu memecut menghala ke bandar diikuti 4 trak pikap Triton dari belakang. Apabila tiba di lampu isyarat, masing-masing berpecah. Eddie meneruskan tunggangan sehingga sampai di tempat yang dijanjikan 10 minit kemudian. ” Eddie, Motor 1 sampai,”.
”Ah Cai, Motor 2, sampai”.
”Majan, Motor 3 sampai,”
”Karim, Motor 4 sampai,”
”Adi, Motor 5 sampai,”.

”Kudin sampai. Line clear. Penunggang, tukar plat motor. OK, pembonceng gerak sekarang. ”.

Aku meninggalkan Eddie lalu berjalan pantas meredah kesesakan orang ramai. Memang sukar mencari Man Kipas ini walaupun rupanya aku ingat betul.

”Ini pembonceng Motor 3. Husin, Man Kipas sedang berada di gerai buah sekarang. Bersinglet biru, seluar jeans. 50 meter ke depan kau.” mengikut panduan yang diberikan, aku mula menambahkan kelajuan berjalan ke depan. Di kiri dan kananku ada Pembonceng yang mengawasi pergerakan aku. Akhirnya aku nampak juga kelibat Man Kipas di depanku. Dia diapit seorang lelaki tegap. Aku menghampirinya secara perlahan-lahan. Kesesakan orang ramai dan lampu gerai yang suram membantu aku menyelinap tanpa disedarinya.

”Man Kipas?” Aku membunyikan suara. Serta merta seorang lelaki gemuk sedang menggigit sebatang sate. Memang bersinglet biru dan berseluar jeans. Sah dia. ” CHUP! CHUP! ” Dua das tembakan mengenai dahi sebelah kanan dan kiri. Tembakan jarak dekat itu menyebabkan sebahagian otaknya bersepai dan berhamburan di belakang kepalanya. Man Kipas sempat berdiri sesaat sebelum jatuh bergelimpangan. Percikan darah mengenai penjual buah dan buah yang dijualnya menyebabkannya menjerit. Pengawal Man Kipas yang baru tersedar dengan perbuatan aku cuba melarikan diri tetapi dengan secepat kilat aku mencapai leher bajunya lalu menghentak kepalanya bertubi-tubi dengan revolver besi yang berat itu. Setelah 5 atau 6 kali dihentak, dia rebah. ” Husin setel!! Bergerak!!” Aku memberikan isyarat kepada semua. Keadaan panik dan huru hara yang ditimbulkan orang ramai memberi kesempatan kepada aku dan pembonceng lain untuk meloloskan diri. Aku terus melompat ke atas motor Eddie dan kami terus memecut meninggalkan tempat itu.

Eddie memberhentikan motornya di sebuah limbungan kapal yang tidak beroperasi. Agak terlindung dan tiada sebarang orang yang lalu di situ. Kelihatan beberapa buah bot yang separuh siap tersadai dalam limbungan. Terdapat juga tangki diesel di dalamnya.

“Jom kita berehat di sini,” Ajak Eddie. “Ini Eddie, checkpoint di Limbungan sekarang.” Eddie menyatakan lokasi kepada rakan lain.

“OK Eddie. Semua berkumpul di sana.” Kudin pula memberi arahan.

Aku terkejut. Ini tidak termasuk dalam pelan asal. Sepatutnya semua orang kena berkumpul di bengkel Jais. “Hey Eddie, apa hal ni? “

“Releks bro. Kita tunggu yang lain datang dulu.” Tenang saja Eddie sambil menyalakan sebatang rokok. Dia menanggalkan helmetnya dan jaket lalu melonggokkannya di satu tempat lapang. Helmet dan jaketku juga dimintanya. Aku mengeluarkan pistol dan barangan lain daripada jaket, lalu menyerahkannya jaket padanya. Dia mencurahkan sedikit petrol lalu membakarnya sekaligus. Stiker hitam dan plat palsu motornya turut dibakar sekali.

Ini bukan petanda baik. Aku menekan satu butang pada jam tanganku dan mengaktifkan telefon kepunyaanku, bukan yang diberi oleh Kudin. Headset aku klipkan ke telinga. Tindakan aku tidak dihiraukan Eddie yang asyik membakar objek tersebut. Tidak lama kemudian, datanglah geng motor yang berjumlah 4 buah itu. Tiada pula kelibat Triton. Masing-masing mancampakkan objek sepertimana yang dibuat Eddie ke dalam api. Bertambah besar api. Masing-masing ketawa sambil memegang pistol.

”Haha, ada pesta unggun api ya kita malam ni...” Ah Cai melompat-lompat.

Eddie mula bersuara,” Wangchuk Husin, kau dah buat kerja dengan tepat hari ni. Kitorang suka kau dan kau boleh join kitorang. Tapi apakan daya, bos Jais bagi arahan, habiskan kau malam ini.” Eddie selamba menjelaskan sambil mengusap-ngusap pistolnya. Mereka hanya tergelak sambil mengeluarkan pistol masing-masing.

”Oh ini rancangan korang ye. Aku dah agak. Haha.” Aku tergelak juga.

”Cis. Sempat lagi ketawa. Sekarang, letakkan kedua-dua pistol kau dan berjalan ke arah tebing. Tangan disilang atas kepala. Ah Cai, ambil pistolnya.” Eddie memberi arahan sambil tangannya tetap memegang pistol. Aku menurut arahannya tanpa banyak soal. Aku mengundur ke belakang sambil tangan di atas kepala. Cepat-cepat Ah Cai merampas revolver dan Glock aku. Sekarang ini 9 pucuk pistol sedang dihalakan ke kepala aku. ”Huh, taktik lama...” Aku merungut dalam hati.

”Ada permintaan terakhir?” Eddie semacam mempermainkan aku.

”Ya. Aku harap bos kau tetap bank in baki upah aku esok. Lagi USD 25 000. Kalau nak bayar Ringgit, bagi RM 75 000 dah la,” Ringkas jawapan aku.

”HAHAHA!! Ada hati konon. Kau masih tak sedar diri lagi. Takkan la bos nak bayar upah kau yang mahal tu. Sebab tu la kitorang yang setelkan kau sekaligus. Tapi jangan risau. Kau akan dapat layanan yang baik sikit di neraka nanti. Tapi kalau kau dah jadi hantu, apa salahnya pegi ambil duit kau sendiri di ofis bos...” Eddie membalas.

”Oh..macam tu. Baiknya hati korang. Boleh tak aku nyanyi sikit? ” Aku cuba melengahkan masa.

Eddie menguap. ”OK lah. Aku ni bertimbang rasa, kan kawan-kawan? Nyanyilah sesuka hati kau. Jangan lama sangat.” Mereka tergelak lagi. Aku menyanyikan lagu Iklim dan Awie Wings. Mereka turut sama menyanyi sekali. Ketika mereka sedang leka, tiba-tiba sebuah pacuan 4 roda Pajero meluncur laju ke arah mereka dan melanggar sebuah motosikal sampai terbalik, lalu berhenti. Debu menyelubungi sekeliling kami. Pancaran lampu yang amat terang ditambah lagi spotlight di bumbung Pajero menyuluh tepat ke arah kumpulan itu. Cahaya yang amat menyilaukan itu mengganggu penglihatan mereka dan .Aku mengambil kesempatan dengan menghilangkan diri ke arah semak berhampiran yang gelap secepat kilat.

”Siapa kau?! Polis? ”Eddie berteriak sambil mengacukan pistolnya ke arah Pajero. Namun kesilauan itu menyebabkannya terpaksa menutup mata dengan sebelah tangan. ”TATATATATATATATATATATATATATATATATATATA!!!!.........................” Bunyi tembakan raifal tempur automatik M16 mengisi suasana. Peluru yang dimuntahkan dari muncung raifal itu bertubi-tubi menembusi daging kesemua mereka sampaikan mereka tidak berdaya melawan. Ada yang tercampak sedikit ke belakang kerana daya tolakan peluru itu. Kesemuanya rebah sambil menggeletik dan mengaduh kesakitan. Luka mereka berasap. Lampu terang masih menyuluh mereka. Aku dapat melihat dengan jelas keadaan mereka di sebalik semak. Tiada seorang pun dari geng motor itu mampu bangun. Hanya 2,3 orang masih menggeliat.

Seseorang dari bumbung Pajero itu mengganti magazin (bekas mengisi peluru M16) yang kosong dengan magazin yang penuh. ”TATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATATA.............................................!!” Habis kesemua 30 butir peluru dalam magazin itu dihabiskan sekaligus. Kali ini geng motor itu langsung tidak bergerak. Tiada seorang pun yang dapat melarikan diri. Semua 9 orang ada terkapar di situ. Aku keluar dari tempat persembunyianku lalu memeriksa nadi kesemua mereka. Memang tiada yang hidup. Malah ada yang hampir terputus anggota badan kerana ditembak bertubi-tubi. Maafkanku, kawan. Keadaan memaksa aku bertindak sebegini terhadap kalian.

“Kenapa lambat sangat sampai?” Aku memulakan bicara sambil mengesat peluh. Aku mencari mayat Ah Cai, lalu menjumpai semula 2 pistolku. Aku mengelap darah yang terpalit dengan sapu tangan. Aku mencari barang milikku yang tercicir tadi seperti telefon dan dompet lalu kumasukkan ke dalam Pajero.

“Hek eleh. Saya datang ni pun dah cukup baik tau. Tu la awak lambat nak aktifkan GPS awak tu. Sikit lagi nak sangkut kat roadblock polis tadi,” Suara seorang perempuan menjawab. Dia memanjat turun dari Pajero lalu memadamkan lampu. Kemudian dia mencampakkan M16 ke tempat duduk belakang dan mengambil tempat duduk di tempat pemandu.

Aku tersengih. Aku menarik semua mayat itu satu persatu dan menghumbankannya dalam api. Selepas itu, aku menolak motor mereka dan menindih mayat itu. Semuanya aku longgokkan ke dalam api. Aku segera membuka langkah seribu ke arah Pajero itu dan masuk ke dalamnya. Pajero itu pula segera memecut meninggalkan kawasan itu. Sebelum sempat Pajero melintasi pagar limbungan, beberapa letupan besar berlaku diikuti api menjulang tinggi. Impak letupan itu menyebabkan sebuah rangka motosikal melambung dan jatuh ke atas bumbung limbungan. Aku dan pemandu Pajero bersorak menyaksikan letupan itu. Mungkin ada antara mereka membawa bahan letupan dalam motor. Kami melalui jalan bandar dan melepasi beberapa sekatan jalanraya polis tanpa sebarang masalah. Pajero terus menghala ke Pantai Batu Buruk. Jam menunjukkan 10 malam.

No comments:

Post a Comment