Pukul 8 pagi. Rin sedang menguruskan check out hotel sementara aku menunggu dalam Pajero sambil mendengar radio dan memasang air cond. Sememangnya bukan aku yang memandu. Dari dulu lagi aku dan Rin memang menjadi partner dalam sindiket hired hitman (pembunuh upahan). Rin satu-satunya manusia yang aku percayai di dunia setelah 5 tahun bekerja bersamanya. Banyak pengalaman pahit manis kami tempuhi bersama. Tup-tup, kahwin juga aku dengannya tahun lepas. Aku biasanya lebih kepada serangan berdepan, Rin pula lebih kepada backup atau sokongan logistik. Tanpa Rin, belum tentu aku dapat bereskan kerja dengan teratur. Kerana Rin jugalah aku menarik diri dari sindiket tahun lepas walaupun ketua sindiket masih memerlukan aku. Cukuplah hidup diburu berhari-hari. Rin dan aku tidak mahu anak-anak kami nanti hidup seperti ini. Aku nak hidup aman sikit lepas ini.
”Jangan bergerak!! Kami polis!” Aku segera meraba poket jaket mahu mencapai pistol apabila disergah sebegitu. Tetapi hasrat itu tidak jadi kerana muka Rin terkekeh-kekeh gelihati di tepi tingkap. ”Amboi mengelamun nampak? Pembunuh upahan pun jiwang jugak rupanya,”
Aku berdehem. ”You buat lagi Rin, jadi janda la you...”. Kali ini telinga aku pula yang yang ditariknya. Beginilah ragam berbinikan gengster. Sabar ajelah.
”Mula-mula kita pergi jumpa seseorang yang boleh tolong kita. Dulu masa kita kawin I tak sempat bawak you jumpa dia. You mintak la apa-apa barang nak pakai nanti. Maybe dia ada sebab hobinya mengumpul equipments dan weapons. Macam you jugak,” Rin memberi saranan.
”Siapa dia? Balak lama you ke?” Aku cuba menduga.
Rin memandang tajam. ”Eh, you ni kan, kalau you tak wujud atas dunia ni, memang I tak nak kawin sampai bila-bila tau. Balak-balak I tak main la. Kayu balak, OK gak. Boleh I jual.”
”Yela tu honey. Tanya aja. Jangan marah. So, what are you waiting for? Go!” Aku memberi arahan. Pajero memecut meninggalkan hotel.
Kami pergi ke sebuah gudang yang tidak dihuni di sebuah kawasan kilang. Seorang pemuda membuka jeriji besi pintu gudang dan membenarkan kami masuk dengan Pajero sekali. Selepas kami masuk, pintu gudang ditutup kembali. Aku dan Rin turun dan menemui pemuda tadi.
”Aku tau kau datang sini mesti nak mintak tolong. Ini balak kau, eh? Hai, aku Majid, ” pemuda itu menghulurkan salamnya kepadaku. Aku menyambutnya juga.
”Excuse me, Majid...Ni husband aku, Husin. Balak-balak ni dalam hutan pun banyak. ” Tingkah Rin sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
”Oh...sori, Madam...apa hajat datang ke mari?”
Rin mencuit lenganku. Aku tidak membuang masa, terus bertanyakan, ”Aku nak mintak tolong macam mana nak menyamar jadi orang Jais Besi? Sebab aku nak settle hal aku dengan dia,”. Majid memandang aku dengan mata yang tidak berkelip. Dia mengeluh kemudiannya.
”Aku bukannya tak nak tolong korang. Sebenarnya Jais Besi tu ramai konco-konconya di sini. Aku dah teruk dikenakannya 2 tahun lepas. Kau tau kan, Rin, pasal bot ikan pukat tunda aku tu. Habis dikaramkan sebab aku tak nak hantar dadah dia ke tengah laut. Sampai sekarang aku bengang lagi kat dia ni” Majid bersuara dengan muka sugul.
Rin mengangguk. “Sebab tu kami datang ke sini. Nak balas bagi pihak kau. Dia berhutang pada kami,” Rin menjelaskan tanpa berselindung lagi.
“Hutang? Jais kaya pun hutang kat korang? Biar betul? Mmm. Disebabkan kau ni sepupu aku, kena la aku tolong kau ye? Dah lama aku nak balas dendam kat Jais tu. Kau sebut aje kau nak ape,” Majid mula bersemangat.
”Sebelum tu, baik aku cerita plan aku. Operasi kali ni, ugut dan ambil wang. Sebolehnya tiada kecederaan atau kematian mana-mana pihak. Lokasinya, di ofis Jais sendiri sebab di situlah pusat bisnes dia. Disebabkan kawalan keselamatan yang ketat, aku terpaksa guna taktik sniper (penembak hendap). Jadi, tools aku nak raifal sniper, teropong, camouflage (kain penyamaran), walkie talkie. Kau ada semua ni?” Aku meringkaskan perancangan.
Kalau raifal sniper, aku tak ada. Sebab mahal sangat. Tapi M16 sekali dengan optical sight (teropong dipasang atas raifal), aku ada. Lama sangat dah kawan aku bagi dulu. Aku simpan kalau-kalau Jais kacau aku. Camouflage aku tak ada. Yang lain, ada. Ikut aku naik ke atas.”
Ada satu M16 pun OK juga. Boleh aku pakai. Rin pakai M16 dia sendiri. Kami memasuki bilik yang berhabuk. Majid membuka peti besi yang agak besar. Menyelongkar banyak objek. Teropong, walkie talkie 3 buah, dan selaras raifal M16 yang telah dileraikan. Rin pantas mencapai komponen-komponen raifal lalu membersihkannya dari sebarang habuk. Aku ternampak beberapa ketul bahan letupan plastic explosives (PE) yang digunakan dalam kuari. Aku memintanya pada Majid. Mana tahu berguna. Aku teringat pada Kudin. Aku menyeluk poket seluar, mencapai handphone pemberian Kudin. Lantas menghubunginya.
”Hello, Kudin, Sahabatku...Ini hantu Husin bercakap,”
Kudin yang sedang menjamah Maggi habis tersembur mendengar suara Husin di corong telefon. ”Mana kau sorokkan anak-anak buah aku semalam, ha?”
”Sorok? Hei, tolong la. Tak main sorok-sorok. Bagus betul plan kau. Nak habiskan aku lepas aku setelkan kerja ya. Memang bos kau pandai berjimat wang tapi caranya tak kena la kawan.”
Kudin mula menyinga. “Aku tanya baik-baik. Mana perginya geng Eddie? Kalau kau main-main lagi, memang kau nak cari mati.”
”Aku? Mati? Kah kah kah...Kudin..Kudin...Sedar la diri sikit kau bercakap dengan siapa ni. Ini Husin la. Untuk pengetahuan kau, anak-anak bilis kau tu, dah mampos kat limbungan semalam. Dah bersepai. Mesti kau tak baca berita ni pagi tadi. Eh, samseng macam kau mana suka tengok berita. Hahaha!!” Aku sengaja menyakitkan hati Kudin.
Kudin menggeletar marah. Sedih. ”Kau........”
”Apa? Sekarang ni, aku ada kat rumah semalam. Datanglah kalau berani.” Aku mencabar Kudin datang ke rumah itu. padahal aku tiada di sana. Aku nak tengok reaksi Kudin.
Aku meminta Rin dan Majid membawa aku ke bangunan yang paling tinggi dan berdekatan sungai. Majid mengesyorkan aku supaya naik ke bumbung sebuah kondominium. Hanya aku yang naik ke atas dengan M16 yang kuletak dalam beg gitar. Rin dan Majid menunggu dalam kereta. Setelah aku naik ke bumbung yang rata, aku melaraskan optical sight M16 ke arah rumah yang aku duduki semalam. Memang jelas kelihatan. Tak sampai 500 meter di seberang sungai. Tapi disebabkan kelajuan angin dan jarak yang agak jauh, aku membatalkan hasrat untuk menembak hendap si Kudin. Aku yakin ketepatan tembakan M16 akan terjejas.
Tiba-tiba aku ternampak 4 buah trak Triton semalam berhenti berhampiran pangkalan. Kelihatan beberapa orang, aku rasa melebihi 10 orang, semuanya berpistol berlindung di sebalik pokok bakau. Semuanya mengambil posisi. Kudin di hadapan sekali. Melalui gerak bibirnya, mungkin sekali dia mengarahkan mereka menembak ke arah rumah itu. tembakan demi tembakan dilepaskan. Masing-masing menghabiskan 1 magazin pistol kemudian berhenti. Rumah itu penuh berlubang di sana sini, debu berterbangan. Kudin berjalan seorang diri perlahan-lahan ke arah pintu rumah. Aku menghubungi Kudin lagi. Setelah merasakan telefonnya berdering, dia berpatah balik ke tempat rakannya. Cuba menjawab panggilan.
”Wah, ramainya askar kau Kudin. Takkan la tak check langsung rumah tu ada penghuni ke tak? Ko ni memang samseng cap ayam la,”
Kudin menghempas telefon ke tanah. Dia berlari ke arah rumah dan menendang pintu sampai tercabut. Rakan-rakannya mengikutinya masuk ke dalam rumah. Kemudian Kudin berlari keluar rumah sambil cuba melepas geram dengan menembak ke udara. Tapi gagal. Dia mengambil semula telefonnya yang dihempas ke tanah tadi.
”Mana kau? Mana kau?! Kalau kau betul-betul anak jantan, datang ke sini!” Suaranya hampir menengking. Macam-macam perkataan lagi dicarutnya sepuas hati.
”Aku hairan juga. Kau dah lakukan 3 kesilapan. Pertama, kau sepatutnya pastikan target kau ada dalam rumah itu, bukannya tembak membabi buta. Kedua, lain kali bawak la magazin peluru spare. Kau nak lepas geram pun dah tak boleh tembak sebab dah habis peluru. Ketiga, jangan percaya sangat provoke aku. Kan dah terkena. Aku kecewa melihat samseng di sini seperti kau yang rendah mutunya. Kat Siam rasanya diorang lagi teliti sikit.” Provokasi aku hampir mengena. Kudin terduduk sambil menghentak pistolnya ke tanah beberapa kali. Geramnya usah dikata.
Aku menambah lagi,”Aku nampak kau tapi kau tak nampak aku, Kudin. Mengalahlah.”
Dengan pantas Kudin membantah, ” Kau di mana? Buktikan padaku sekarang.”
Aku membidik dan melepaskan 5 das tembakan berturut-turut dari bumbung itu. Betul sangkaan aku. Sedikit tersasar dari target sepatutnya. Peluru itu menembusi tanah berdekatan kumpulan itu berpijak. Masing-masing melompat terkejut. Ada yang seakan-akan berjoget.
”Macam mana? Nak aku halakan kat kepala korang? Kau jangan bimbang. Untuk setiap kepala korang peluru aku cukup lagi ni.” Aku mengugut.
Mata Kudin meliar memerhatikan seberang sungai. Mustahil boleh nampak aku. Dia mencapai telefonnya semula. ”Apa kau nak?”
Inilah yang aku tunggu. ”Aku nak duit upah aku yang berbaki USD 25 000 lagi tu. Tapi aku bagi kelonggaran, bagi RM 75 000 sudah lah. Cash. Korang suka main kotor, jadi, aku boleh main kotor juga. Nanti kau balik jumpa Jais, siapkan duit aku. Nanti aku bagitahu hantar di mana, bila. Sekarang, balik!”. Aku menembak tanah lagi. Mereka bertempiaran lagi tanpa berlengah. Aku turun dari bangunan lalu masuk ke dalam Pajero.
Kami singgah di sebuah gerai makan untuk menikmati makan tengahari. Kemudian kami membuat persiapan di gudang Majid. Aku mengangkat alas karpet Pajero dan meletakkannya di lantai. Aku memeriksa kelengkapan yang ada dalam Pajero. Ammunition (bekalan peluru) M16 ada satu peti besar lagi. Kedudukan peti ini agak tersembunyi kerana aku mengubahsuai lantai Pajero ini. Aku menggunakan spanar untuk mengeluarkan peti peluru. Aku mengambil beberapa magazin M16 yang kosong lalu aku isikan dengan peluru satu persatu sampai penuh. 30 butir peluru untuk satu magazin. Begitulah seterusnya sampai 5 magazin penuh. Aku isikan ke dalam poket beg gitar. Secekak peluru tambahan lagi aku masukkan ke dalam poket yang sama. Aku memeriksa M16 dengan optical sight sekali. Selepas puas hati, kumasukkan ke dalam beg gitar. Sebilah pisau Rambo diselitkan sekali. Aku menjeling Rin yang begitu asyik membelai M16nya. Kami berbalas pandang. Rin pula membaling tin kosong tetapi sempat kuelak. Aku menghulurkan peti peluru kepada Rin. Rin pula mengisi peluru dengan cekap. M16 baginya mainan yang digemarinya. Pistol revolver semalam, aku berikan pada Majid untuk koleksinya. Aku memasukkan pistol Glock dalam beg.
Majid membentangkan sehelai kertas mahjong di atas meja. Aku dan Rin merapatinya. Majid melakar kedudukan bengkel Jais, sekeliling pagar bengkel, bukit dan laluan masuk. ”Mengikut perancangan aku, mula-mula kita lalu ikut laluan masuk ni. Aku akan tinggal di sini dengan lori aku. Aku sekat laluan di sini. Apa-apa trafik yang masuk, aku update setiap masa.
Korang berdua bergerak ke depan lagi, ada sebuah bukit yang ada hutan lagi. Aku cadangkan Husin bertapak di sini sebab bukit ni betul-betul menghadap bahagian depan bengkel. Kau setuju tak?” Majid meminta pendapat aku. Aku hanya bersetuju. Manalah aku biasa dengan tempat itu. Apa yang Majid fikirkan baik, maka baiklah bagi aku. Aku menyelongkar beg bajuku dalam Pajero. Ha, adapun baju hijau. Hanya ada seluar celoreng sehelai. Okeylah tu. Sesuai menyelinap dalam bukit tanpa dikesan. Aku segera berlari ke bilik kosong untuk menukar pakaian.
”Rin, kau sambung jalan lagi sampai ke kawasan bengkel. Parking jauh-jauh sikit di belakang bengkel. Kat situ ada belukar tebal. Ini akan membantu perlindungan kau. So, Rin akan backup dari belakang kalau ada sesiapa yang cuba melepaskan diri. Dinding sekeliling tu setinggi 12 kaki. OK Rin? ” Majid bertanya Rin. ”OK!! ” Rin menunjukkan isyarat peace kepada Majid. Aku mengagihkan walkie talkie kepada Rin dan Majid.
Aku berfikir sebentar. ”Majid, plan B kita ada tak?”
Majid menggaru pipinya. ” Kalau kita outnumbered, ( dikalahkan dari segi bilangan lawan), meeting point kita adalah di tempat aku berhenti, di laluan masuk tu. So, Rin akan berundur dengan Pajero. Tapi kalau kau tak sempat turun, kau stay saja kat atas. Kedudukan kau atas bukit tu selamat lagi. Kau masih boleh bertahan di situ, boleh ambush lagi. Paling tidak pun, di tepi bukit kan ada hutan tebal. Kau survive dulu kat situ sementara aku jemput balik. Harap-harap mereka tak sempat nak order assaul rifle macam M16 ni. Kalau tak, naya kita.”
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment